Aku belajar Aussie slang

Satu perkara yang unik tentang aussie adalah, mereka ada slang tersendiri. Slang ni tak sama dengan accent. Ada orang boleh tiru Aussie accent, tapi tak familiar dengan Aussie slang.

Aussie accent adalah lebih kepada pronunciation. Contohnya, "nice", Aussie akan prounounce "noice".

Slang ni pula perkataan-perkataan tertentu yang ada dalam culture tu sahaja. Contohnya kalau di Malaysia, orang johor panggil almari baju tu gobok, dan peti sejuk tu esbok. Gitew.

Melbourne city


Dulu masa aku baru sampai ada lah sikit-sikit slang yang aku memang tahu. Itu pun sebab adik aku pernah duduk di Melbourne sebelum ini. Jadi dia ada ajar sikit-sikit sebelum aku pindah sini. Antara perkataan-perkataan yang aku tahu adalah:

Maccas = McDonald
Hungry Jack = Burger King
Chocky = chocolate
Bottle-O = liquor shop
Biccy = biscuits
Avo = avocado
Servo = service station aka kedai pam minyak
Dunny = toilet
Footy = Australian Football (bukan soccer ye)
Breakie = breakfast
Barbie = barbecue
Esky = ice box
Thongs = flip flop
Lollies = sweets, gula-gula
Chook = chicken

... dan beberapa lagi perkataan lain. Kebanyakannya makanan lah sebab mula-mula sampai, mestilah nak makan kan? hahahaha!

Hungry Jack's aka Burger King


Then ada satu hari tu aku borak dengan tuan rumah. Dia nak bawa anak aku beach walk dengan anak-anak dia. Sehari sebelum aktiviti, dia text aku bagi instruction untuk aktiviti esoknya. Tapi masalahnya, apa dia cakap pun aku tak faham! hahaha! Dia tulis,

"I'll come to pick her up at arvo. Does she have runners? I can lend Yarra's I think she got extras. Also do you got brolly?

Ya ampun, aku tak tau nak reply apa, sebab aku tak tau apa dia tanya. Lucu betul. Yang lagi lucu, aku ingatkan arvo tu nama tempat. Agaknya kedai hujung ni kot? Nama cafe tu Arvo kot? Hahahaha! Nak tanya segan.

Sebelum aku jawab text tu aku pun mula meng-Google. Mula-mula aku Google runner, sebab aku tak pasti runner tu apa. Nasib baik tekaan aku betul. Runner adalah kasut sukan aka sneakers/ trainers. Aku Google pula brolly, rupanya umbrella. Terdetik hati nak Google arvo. Keluar, afternoon. Kah kah kah!

Nasib baik aku tak tanya tuan rumah ni arvo kat mana. Rupanya arvo tu afternoon, bukan nama tempat lah cik non oi! Adoi, malu aku sorang-sorang depan telefon.

Nak ke beach waktu summer, kena bawa Aussie essentials: thongs (flip flop), rashie (rash top/ tshirt pakai kat luar), cozzie or swimmer (swimming suits), coolers (air minum), esky (ice box), sunnies (sun glasses), dan sun screen. Jangan pergi waktu arvo, panas sangat wei!


Makin lama aku duduk di Australia, makin banyak Aussie slang yang aku dengar dan belajar guna dalam perbualan seharian. Nak tak nak memang kita akan terdedah dengan slang ni bila kita dah makin kerap mingle around dan bersosial dengan Aussie dalam kelas, kat uni dan masa kerja. Sikit demi sedikit aku pickup slang-slang ni. Lepas tu aku belajar guna dalam perbualan.

Sebut pasal berbual, aku perasan bila berbual, mereka suka dan agak kerap guna beberapa perkataan ni:

Reckon = for sure
Heaps = loads of/ many
Cheers = to end the conversation, biasanya dalam text.
Sick = awesome
Stoked = happy/ pleased
Ripper (disebut rippa) = fantastic
Defo = definitely
No worries = no problem/ it's ok
Mate = friend, macam kita cakap bro.
Rad = radical/ excellent
Gnarly = awesome
Stupid = awesome (kena guna dengan cara dan lenggok yang betul)

Perasan tak banyak perkataan-perkataan positive dan compliment? Sick, stoked, rad, ripper, gnarly, stupid...

Sebabnya, salah satu budaya Aussie adalah mereka tak lokek bagi compliment. Kata-kata perangsang, pujian, compliment, dan kata-kata positive tu tak pernah lekang dari mulut mereka. Sebab itulah ada banyak perkataan-perkataan begitu dalam Aussie slang. Diorang suka bagi compliment dan compliment mereka biasanya over the top! Suka dengar. Rasa dihargai usaha kita.

Senja di Melbourne. Pemandangan dari seberang sungai Yarra (Birrarung Marr)


Then, bila aku kerja, aku kena deal dengan macam-macam orang. Kadang-kadang aku kerja dengan orang yang berusia dan pekat slang nya. Kadang-kadang kena berurusan dengan orang yang dari pedalaman, farmers, volunteers, orang yang tak cakap standard english (kat sini mereka dipanggil Bogan). Di sini lah aku rasa pentingnya pickup Aussie slang ni untuk hidup. Kalau tak memang macam ayam dengan itik jadinya. Kerja pun tak dapat perform dengan produktif kalau kita tak faham instruction dan gagal berkomunikasi dengan baik. Kan?

Di tempat kerja juga lah aku mula tahu nama-nama pekerjaan yang ada Aussie slang. Contohnya macam encik polis, Aussie tak panggil policeman, tapi copper.

Ditahan copper sebab pakai helmet tak ikut standard. Haha~ Kena saman $300


Contoh lain yang aku tau adalah:

Fireman = firies
Garbage collector = garbo
Electrician = sparky
Trades person (orang kerja contruction) = tradie
Orang kerja bricklayering = bricky
Carpenter/ tukang kayu = chippy
Milkman/ orang penghantar susu atau bahan mentah ke rumah = milko

Ada banyak lagi nama-nama pekerjaan tapi buat masa ni, ini lah yang aku ingat. Nanti kalau ada lagi aku update senarai ni.

Tengah perati tradie buat kerja dalam site


Menarik kan?

Lucu pun ada, bila kali pertama dengar tu kita blur-blur, tak tahu pebende dia cakap.

Macam pasal sparky tu, pun aku ada pengalaman lucu dan memalukan juga. Bos cakap sparky nak datang. Aku iya iya kan je lah. Padahal dalam hati tak faham pun sparky tu pebende. Dah sampai mamat tu, ooooo barulah aku tahu. Rupanya dia electrician. Hahaha!

Tunggu sparky datang. Haha~


Sikit-sikit aku belajar. Yang penting pendedahan tu. Dah kita duduk di negara Australia, kena lah pickup juga budaya dan slang Australia.

Blend and mingle around. Baru la senang hidup sehari-harian.



Noor,
Carlton North



Comments

popular posts this month

Bawang putih: menanam dan menuai bawang putih

Road to Melbourne. Episode 1: Application to study Master

Hari simen kaki ku dibuka

Road to Melbourne. Episode 7: Urusan imigresen, menterjemah dokumen rasmi, dan pesuruhjaya sumpah

POS MALAYSIA SUCK! CUAI CUAI CUAI!!!!

Asas kebun organik: Menanam bunga di kebun sayuran